Ayah

Ayah, namamu dalam hembusan
Setiap tadahan doa
Ku memohon kau di rahmati-Nya
Di iringi al fatihah

Ayah, sejak kau pulang kembali
Mataku tak pernah kering
Dalam mimpi sering kau menjelma
Rasa rindu tak terhingga

Sebesar mana cinta kurasa
Tapi ilahi lebih menyayangi
Namun ku redha kerana berbangga
Di kurnia menjadi anakmu

Ayah, ayah
Tenanglah di sana
Ayah, ayah
Ketemu di syurga

Ayah pergimu bagai menebuk
Kelohongan dalam hidup
Akan ku bekal kasih yang ada
Untuk dakapan di sana

Sebesar mana cinta kurasa
Tapi ilahi lebih menyayangi
Namun ku redha kerana berbangga
Di kurnia menjadi anakmu

Ayah, ayah
Tenanglah di sana
Ayah, ayah
Ketemu di syurga

Ayah, ayah
Tenanglah di sana
Ayah, ayah
Ketemu di syurga

Namun ku redha kerana berbangga
Di kurnia menjadi anakmu ayah



Credits
Writer(s): Edry Abdul Halim
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link