Berakhir Kemarau Di Hati

Kenangan lalu terhapus kini
Kerana 'ku telah mengerti
Hidup di dunia ini pengembaraan
Yang singkat buat kita, sayang

Apa gunanya kubiarkan diri
Diulit mimpi yang indah
Tapi sementara saja datangnya
Meninggalkan luka
Betapakah

Kehidupan masa depan nanti
Jika kuturut kelemahan diri
Lalu kubuka kamar hati
Sekian lama terkunci

Kemarau nan panjang
Akhirnya terhenti
Berputiklah bunga-bunga
Di taman hatiku ini

Kala itu dikau pun tiba
Tak tahu dari mana
Bagai satu rahmat
Datang tepat waktunya
Dikau dilahirkan membantuku

Mendirikan semula harapan
Yang telah luput oleh kesilapan
Dan kau memberi kekuatan
Hingga dapat kulupakan

Kemarau nan panjang
Akhirnya terhenti
Berputiklah bunga-bunga
Di taman hatiku ini



Credits
Writer(s): Bte Hassan Habsah, Royston Sta Maria
Lyrics powered by www.musixmatch.com

Link